30 PERAWI HADITS
3. IMAM AL HAKIM
Al-Hakim adalah imam para muhaqqiqin, julukannya adalah Abu „Abdullah,
sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn „Abdullah al-Naisaburi dan dikenali
dengan Ibn al-Bai‟. Beliau lahir pada tahun 321 Hijriah. Ketika berusia dua puluh
tahun, beliau berangkat ke Iraq, lalu melaksanakan ibadah haji. Setelah itu, beliau
mengelilingi Khurrasan dan negeri-negeri Asia Tengah. Beliau telah mendengar
(hadis) daripada dua ribu orang syeikh dan telah mengambil hadis daripadanya al-
Daruquthni, Imam al-Baihaqi, dan ramai ulama yang lain. Beliau seorang yang
bertakwa, taat dalam menjalankan ajaran agama dan mempunyai banyak karya
tulisan yang luar biasa. Di antara karya tulisannya ialah kitab al-Mustadrak dan
Tarikh Naisabur. Beliau meninggal dunia pada tahun 405 Hijriah.
Ibn Hibban, gelarannya ialah al-Hafiz dan al-„Allamah, julukannya adalah Abu
Hatim, sedangkan nama aslinya adalah Muhammad ibn Hibban ibn Ahmad al-Busti.
Beliau adalah salah seorang ahli fiqh terkemuka dan memiliki hafalan hadis yang
kuat dan mengajar fiqah di Samarqand. Imam al-Hakim mengambil hadis
daripadanya. Imam al-Hakim mengatakan bahawa Ibn Hibban adalah lautan ilmu
fiqh, berwibawa dalam menyampaikan khutbah, pakar bahasa dan seorang
ulama yang berkarisma. Beliau meninggal dunia pada tahun 354 Hijriah dalam
usia 80 tahun.
Komentar
Posting Komentar